Skuad MES Salur Maklumat Semasa

Gombak- Rakyat berhak mengetahui hasil sumber kekayaan negeri yang diperoleh Kerajaan Negeri seterusnya dikongsi bersama semua lapisan masyarakat. Menyedari hal itu, Dewan Pemuda Pas Selangor dan Kawasan memperkenalkan “Skuad Merakyatkan Ekonomi Selangor” yang berfungsi menyampaikan maklumat berhubung hal-hal berkaitan Kerajaan Negeri hingga keperingkat akar umbi.

Ketua Dewan Pemuda Pas Selangor, Hasbullah Mohd Ridhwan berkata, skuad yang dibentuk dapat menyalurkan maklumat secara terus dari rumah ke rumah dalam memastikan rakyat tidak ketinggalan berhubung dasar yang diperkenalkan termasuk program yang dilancarkan seperti Program Merakyatkan Ekonomi Selangor, Skim Mesra Usia Emas, Program Pembangunan Modal Insan (SPIES) dan lain-lain lagi.

Hasbullah berkata, beliau yakin mekanisme yang diperkenalkan ini mempu menyampaikan maklumat dengan mudah dan telus bukan sahaja di kawasan kampung malah di kawasan taman perumahan.

“Melalui inisiatif penubuhan ‘Skuad MES’, rakyat negeri ini berpeluang mendapat maklumat mengenai Kerajaan Negeri termasuk program yang dianjurkan dengan lebih mudah sacara tidak langsung mengeratkan silaturahim.

“Ianya juga satu platform yang menggalakkan kerja kebajikan sekaligus mendekati masyarakat dan dapat menyampaikan masalah yang dihadapi masyarakat setempat,” katanya selepas Program Pelancaran Skuad Merakyatkan Ekonomi Selangor di Dataran Desa Minang. Hadir sama Pesuruhanjaya Pas Selangor, Datuk Hassan Mohamed Ali.

Hassan Ali (dua dari kiri) turut hadir merasmikan pelancaran program itu

Skuad yang terlibat mendengar penerangan sebelum aktiviti rumah ke rumah bermula

Hasbullah juga Ahli Majlis Perbandaran Selayang MPS (ZON 13) berkata, penubuhan skuad itu adalah satu medium untuk mewujudkan gelombang kesedaran dalam kalangan masyarakat berhubung kepentingan mendaftar diri sebagai pengundi di negara yang demokrasi ini.

“ Bukan sekadar member maklumat, namun skuad menyusuri rumah ke rumah dalam memberi kesedaran terutama terhadap golongan muda mendaftarkan diri sebagai pengundi sebelum terlambat,” katanya.

Antara kawasan yang terllibat pada program itu termasuk Taman Desa Minang, Taman Berlian, Taman Greenwood dan Kampung Simpang Tiga yang diisertai hampir 200 skuad.

31 Mac 2010 – Sinar Harian

Admin1

Leave Comment :