SMUE Pergiatkan Usaha

SMUE Pergiatkan Usaha

Kerajaan Negeri sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat terutamanya kepada warga emas. Melalui Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) kewujudan Skim Mesra Usia Emas adalah salah satu bentuk keprihatinan kerajaan terhadap golongan emas.

Kini, usaha mempergiatkan lagi skim bantuan ini, Rantaian Mesra Usia Emas Sdn.Bhd dengan kerjasama dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), pihak-pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat-Pejabat Daerah dan rakyat Selangor khususnya, sama-sama bertungkus lumus untuk menjadikan Skim Mesra Usia Emas ini dapat dinikmati oleh seluruh warga emas Selangor dengan membuat hebahan di seluruh kampung-kampung, taman perumahan dan sebagainya. Selain itu, usaha yang dilakukan adalah dengan mengadakan program diseluruh Dun dan membuka kaunter pendaftaran di setiap program yang diadakan oleh Kerajaan Negeri

Hadirin yang hadir bagi mendengar penerangan yang disampaikan

Bertepatan dengan itu, Majlis Penyerahan Manfaat SMUE peringkat ke-2 diadakan pada setiap minggu. Di dalam suatu majlis penyerahan, dianggarkan 80 orang pewaris yang akan menerima baki sumbangan. Pemberian itu secara tidak langsung membantu waris si mati khususnya yang berpendapatan rendah apabila berlakunya sesuatu kematian. Malah, kerajaan juga akan memastikan tiada golongan yang dibiarkan atau diketepikan dalam usaha kemajjuan sesebuah kawasan.

Setiap minggu, Kerajaan Negeri akan memperuntuukan RM 600,000 untuk diberikan kepada pewaris-pewaris si mati yang mendaftar. Pemberian ini adalah bukti kerajaan Pakatan Rakyat (PR) sentiasa mengutamakan kebajikan dan menjaga kepentingan rakyat serta meletakkan agenda tersebut pada tahap tertinggi dalam pembangunan negeri.

Turut hadir Y.B Ean Yong Hian Wah, EXCO Pembangunan Kampung Baru & Penyelesaian Kilang Haram

Admin1

Leave Comment :