Sokong usaha pelbagai pihak, realisasi Selangor negeri kebajikan – Dr Daroyah

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 1 JUL : Kerajaan Negeri menyambut baik sebarang usaha daripada pelbagai pihak untuk menjadikan Selangor sebagai negeri berkebajikan.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata ia termasuklah inisiatif syarikat korporat dan individu yang menyumbang kepada Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).

“Saya berharap dan menyeru semua anak-anak syarikat Kerajaan Selangor, syarikat swasta mahupun individu agar dapat memberikan sokongan pada usaha mereka dengan menyumbang kepada tabung kebajikan seluruh negeri.

“Bersama-samalah kita membulatkan tekad dan menyokong sepenuhnya usaha begini agar negeri Selangor terus diiktiraf sebagai sebuah negeri maju yang menjaga kebajikan rakyatnya,” katanya dalam kenyataan.

YAWAS merupakan skim bantuan di bawah platform bantuan kewangan kepada ahlinya yang mana wang sumbangan disalurkan kepada ahlinya yang menghidapi sakit-sakit kronik, kehilangan ibu bapa dan terlibat dalam bencana alam.

TAWAS-TERAS-300x223

YAWAS sebelum ini giat merangka pelan jangka panjang bagi mengukuhkan peranannya menyokong usaha Kerajaan Negeri menjadikan Selangor sebagai negeri berkebajikan.

Ini termasuklah pelan kerjasama dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) dalam membantu anak-anak TAWAS kurang bernasib baik.

Selain itu, galakan kepada kakitangan syarikat milik erajaan membuat potongan gaji serendah RM10 untuk didermakan dalam Tabung Generasi YAWAS (TERAS).

TERAS dilancarkan pada 2014 membolehkan penderma Skim TERAS berpeluang menikmati rebat cukai pendapatan daripada Lembaga hasil Dalam Negeri (LHDN).

Rebat layak tuntut yang dibenarkan LHDN adalah 7 peratus daripada pendapatan agregat bagi individu, manakala 10 peratus daripada pendapatan agregat bagi syarikat.

-nR-

Admin1

Leave Comment :