Sumbangan Kerajaan Ringankan Beban

Rata-rata penerima sumbangan menerusi program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) rasa terharu dengan keikhlasan kerajaan Pakatan Rakyat membantu meringangankan bebanan penduduk negeri ini akibat kenaikkan kos sara hidup.

Mereka yang ditemui kebanyakannya amat gembira dan berterima kasih di atas keperihatinan dan keadilan pakatan rakyat (PR) dalam membuat agihan sumbangan tersebut.

Seorang waris kepada penerima sumbangan SMUE, Baharuddin Ahmad TAsr, 65 berkata, dia sangat berterima kasih kepada kerajaan negeri yang amat perihatin terhadap permasalahan rakyat dan mamapu mengurangkan beban warga emas terumata dalam pembayaran khairat kematian kepada waris.

“ Saya datang untuk menerima sumbangan bagi pihak isteri , Enson Mohd yassin, yang meninggal pada 14 November tahun lalu dan sumbangan ini benar-benar memudahkan rakyat terutama warga emas seperti saya”.

Seorang ibu Bong Siew Ki, 30, yang menerima sumbangan TAWAS untuk bayinya Chin Ai En, 1, merasakan tindakan kerajan negeri ini amat baiksebagai jaminan kepada pendidikan nak pada masa hadapan.

Siew Kim yang tinggal di Kampung Jawa, Shah Alam, memberi tahu dia dimaklumkan rakannya berhubung TAWAS dan segera mendaftarkan anaknya.” Saya juga turut menggalakkan ahli keluarga yang lain untuk turut mendaftar bayi mereka di bawah TAWAS kerana banyak kelebihan yang diperolehi demi kebaikan masa hadapan anak-anak ini,” katanya.

Bagi penerima hadiah anak masuk university, Anuar Dollah, 23, berkata pemberian ini amat membantu beliau meneruskan pengajian pada tahun pertama di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

“saya tidak membuat pinjaman pendidikan daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan hadiah bernilai RM 1,000 ini amat membantu pengajian saya,” katanya.

Graduan Industri Pendidikan Negeri Selangor (INSPEN), Rakesh Kumar, 19, berpendapat kerajaan Selangor banyak memberikan bantuan terhadap belia India untuk terus maju dengan pemberian pelbagai sumbangan.

Seorang tenaga pengajar INSPEN, Shanmuganathan berpendapat sumbangan melalui TAbung Pendidikan Anak Pekerja Ladang ini adalah sangat baik kerana dapat membuka peluang Belia India meneruskan pelajaran mereka.

“Kewujudan INSPES selaras dengan sumbangan melalui tabung ini sekaligus dapat membantu golongan muda kaum India terutamanya dalam bidang kemahiran bagi menyediakan peluang pembelajaran meskipun gagal dalam pelajaran pada peingan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.
Sejak dilancarkan, kerajaan telah memperuntukkan RM 20 juta bagi SMUE, RM 17 juta sumbangan untuk TAWAS , RM 10 juta untuk Hadiah Anak Masuk Universiti dan RM 2 juta bagi Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang.

Edisi Khas-Selangor Kini

Admin1

Leave Comment :