Syabas Diminta untuk selaraskan tarif air

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor meminta Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menyelaraskan tarif air bagi meter individu dan meter pukal untuk membolehkan pengguna di negeri ini menikmati pemberian air percuma bagi setiap 20 meter padu pertama setiap bulan dengan kadar yang sama.

Ketika ini, Syabas mengenakan tarif yang berbeza mengikut jenis meter. Bagi meter individu, 20 meter padu dikenakan RM11.40, RM16.00 untuk pengguna meter pukal bagi pangsapuri kos rendah dan RM27.00 bagi pangsapuri bukan kos rendah.

Kerajaan Negeri Selangor berpendapat perbezaan tarif air mengikut jenis meter tidak patut berlaku dan akan mengadakan rudingan bersama pihak Syabas agar tarif perkhidmatan air diselaraskan untuk semua.

Perbezaan tariff mengikut jenis meter ini diketahui ketika kerajaan negeri sedang memperluaskan pemberian air percuma 20 meter padu setiap bulan kepada penghuni rumah kos rendah yang mengggunakan meter pukal.

Jelas, pemberian air percuma oleh Kerajaan Negeri yang dilancarkan dibawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor bukan sahaja dapat menolong rakyat dari bebanan ekonomi tetapi juga telah dapat menolong menyeralaskan tariff dan caj perkhidmatan air.

Mengenai pemimpin Barisan Nasional (BN) yang sering mengkritik pemberian air percuma ini, perlu diingatkan mengingatkan mereka bahawa keputusan kerajaan terdahulu berkenaan perkhidmatan air tidak pernah menyebelahi penduduk miskin di Selangor. Ini termasuklah polisi perbezaan tariff mengikut jenis meter yang telah dibenarkan ketika kerajaan BN memerintah.

Saya ulang disini bahawa Kerajaan Selangor telah melaksanakan pemberian air percuma kepada penghuni rumah kos rendah yang menggunakan meter pukal dengan pengenalan sistem kupon. Program ini akan diperluaskan ke seluruh negeri dalam waktu terdekat ini.

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
MENTERI BESAR SELANGOR
.

Admin1

Leave Comment :