9-sikembar

SYARAT

SiKEMBAR (SKIM BANTUAN ASUHAN RAKYAT) mengenakan syarat mudah bagi memperoleh manfaat tersebut:

1. Warganegara Malaysia (seperti yang tertera di MyKad).
2. Sama ada:

a) lbu Bapa yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor,
b) Anak yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor,
c) lbu dan bapa yang bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun. Perlu mendapat pengesahan bermastautin daripada Ketua Kampung / Penghulu / Pengerusi Perumahan / Senator / ADUN / Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal.

3. Pendapatan seisi rumah menepati:

a) RM2,500 ke bawah yang menanggung sekurang-kurangnya 1 orang anak
b) RM3,000 ke bawah yang menanggung sekurang-kurangnya 2 orang anak

4. Suami dan Isteri mestilah BEKERJA.
5. Menghantar anak ke TASKA / Nurseri di Selangor
6. Terhad kepada 2 orang anak yang berumur 4 tahun ke bawah bagi satu keluarga.

PROSEDUR PERMOHONAN

1. Menggunakan Borang SKIM BANTUAN ASUHAN (SiKEMBAR) Borang ini adalah percuma.
2. Borang ini boleh didapati di:

a) Pejabat pentadbir Skim ini iaitu Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS)
b) Borang juga boleh didapatidi Pusat Khidmat DUN Selangor berhampiran tempat tinggal.
c) Muat-turun dari ipr.selangor.gov.my

3. Dokumen yang perlu dilampirkan adalah:

a) Salinan MyKad lbu dan Bapa
b) Salinan Sijil Kelahiran anak yang dipohon
c) Salinan Slip Gaji lbu dan Bapa yang TERKINI
d) Pengesahan pendapatan dari ADUN/Nazir Masjid/Pengerusi Taman (BAGI YANG BEKERJA SENDIRI)

4. Kelulusan akan diberi oleh pihak Yayasan Warisan Anak SElangor (YAWAS), Pentadbir SKIM ASUHAN BANTUAN RAKYAT (SI KEMBAR)
5. Permohonan akan terbatal dengan sendirinya pada setiap 31 Disember pada tahun tersebut, maka
permohonan semula perlu dibuat bagi untuk tahun berikutnya.

PROSES PENDAFTARAN

1. Setelah borang yang lengkap diterima, disahkan, diproses dan diluluskan, maka bayaran untuk SKIM BANTUAN ASUHAN RAKYAT (SiKEMBAR) akan didepositkan ke dalam akaun TASKA penerima.
2. Jumlah sebanyak RM100 akan didepositkan setiap bulan bagi setiap anak yang telah lulus permohonan.
3. Pembayaran akan dibuat mengikutbulan kelulusan sehingga bulan Disember tahun tersebut.