3-tawasSelangor (MES) Fasa 1. TAWAS beserta logonya selamat dilancarkan secara rasmi bersempena dengan Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Selangor pada 30 Ogos 2008. Program ini diuruskan oleh Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) dan ianya terbuka kepada anak-anak kelahiran Negeri Selangor yang memenuhi syarat.

Pada 17hb Ogos 2015, menerusi Mesyuarat Kedua Penggal 3 dalam Sidang Dewan Negeri Bahagian Ketiga Belas, satu Enakmen Tabung Amanah Warisan Anak Selangor telah diluluskan bertujuan memastikan Ahli TAWAS menerima RM1, 500.00 apabila mencapai usia 18 tahun kelak. Tabung Amanah berkenaan diuruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Bermula dari 1hb Mac 2014, YAWAS telah memperkenalkan Skim Khairat Kematian TAWAS bernilai RM 1,500.00 yang akan diberikan kepada waris Ahli TAWAS sekiranya ahli meninggal dunia sebelum mencapai usia 18 tahun.

 

 

SYARAT – SYARAT PERMOHONAN

Syarat 1 Syarat 2 Syarat 3
Permohonan adalah terbuka kepada Anak Selangor yang bermaksud rakyat D.Y.M.M Sultan Selangor yang memenuhi kriteria seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia, DAN Lahir di negeri Selangor atau luar negeri Selangor mulai 1hb Januari 2008.
  • Ibu atau Bapa lahir di negeri Selangor, ATAU Ibu atau Bapa lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1hb Februari 1974.
Permohonan adalah terbuka kepada ‘Anak yang dilahirkan di Negeri Selangor’ yang memenuhi kriteria seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Lahir di negeri Selangor mulai 1hb Januari 2008.
  • Ibu dan bapa bukan kelahiran Selangor tetapi telah menetap di Negeri Selangor minimum 5 tahun
  • Perlu dapatkan cop pengesahan bermastautin
Permohonan adalah terbuka kepada ‘Anak yang dilahirkan di Negeri Selangor’ yang memenuhi kriteria seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Lahir di luar Negeri Selangor, daerah negeri lain yang bersempadan dengan negeri Selangor iaitu (Negeri Sembilan, Perak dan Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur) yang sama dengan ibu atau bapa mulai 1hb Januari 2008.
  • Ibu atau Bapa yang lahir di daerah negeri lain yang bersempadan dengan Selangor ( Negeri Sembilan, Perak dan Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur) dan permastautin tetap di negeri Selangor
  • Perlu dapatkan cop pengesahan bermastautin daripada Ketua Kampung, Penghulu dan Pengerusi Taman Perumahan Sahaja

Untuk keterangan lanjut sila layari http://tawas.org.my

Muat Turun Borang Pendaftaran Tawas : Klik di sini

Statistik Terkini Program Tawas : Klik di sini

 

Terkini: Tabung Warisan Anak Selangor

Kerajaan Negeri terus mengambil inisiatif membantu anak-anak kelahiran Selangor menerusi Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), yang juga antara program penting dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor
SHAH ALAM, 19 OKT: Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) merekodkan 285,597 ahli berdaftar dengan 285,267 masih hidup manakala baki 330 sudah meninggal dunia, setakat hari
SHAH ALAM, 3 SEPT: Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) mencatatkan 280,568 ahli berdaftar dengan 280,246 masih hidup dan baki 322 sudah meninggal dunia, setakat hari