3-tawasSelangor (MES) Fasa 1. TAWAS beserta logonya selamat dilancarkan secara rasmi bersempena dengan Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Selangor pada 30 Ogos 2008. Program ini diuruskan oleh Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) dan ianya terbuka
kepada anak-anak kelahiran Negeri Selangor yang memenuhi syarat.

Pada 17hb Ogos 2015, menerusi Mesyuarat Kedua Penggal 3 dalam Sidang Dewan Negeri Bahagian Ketiga Belas, satu Enakmen Tabung Amanah Warisan Anak Selangor telah diluluskan bertujuan memastikan Ahli TAWAS menerima RM1, 500.00 apabila mencapai usia 18 tahun kelak. Tabung Amanah berkenaan diuruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Permohonan baru TAWAS akan ditutup sepenuhnya berkuatkuasa mulai 1 Februari 2019. Permohonan ini hanya tertakluk untuk anak di bawah usia 3 tahun sahaja dan merujuk kepada kelahiran sehingga tahun 2018 sahaja.

Untuk lebih lanjut layari laman web www.tawas.org.my

 

SYARAT – SYARAT PERMOHONAN

Syarat 1 Syarat 2 Syarat 3
Permohonan adalah terbuka kepada Anak Selangor yang bermaksud rakyat D.Y.M.M Sultan Selangor yang memenuhi kriteria seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia, DAN Lahir di negeri Selangor atau luar negeri Selangor mulai 1hb Januari 2008.
  • Ibu atau Bapa lahir di negeri Selangor, ATAU Ibu atau Bapa lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1hb Februari 1974.
Permohonan adalah terbuka kepada ‘Anak yang dilahirkan di Negeri Selangor’ yang memenuhi kriteria seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Lahir di negeri Selangor mulai 1hb Januari 2008.
  • Ibu dan bapa bukan kelahiran Selangor tetapi telah menetap di Negeri Selangor minimum 5 tahun
  • Perlu dapatkan cop pengesahan bermastautin
Permohonan adalah terbuka kepada ‘Anak yang dilahirkan di Negeri Selangor’ yang memenuhi kriteria seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Lahir di luar Negeri Selangor, daerah negeri lain yang bersempadan dengan negeri Selangor iaitu (Negeri Sembilan, Perak dan Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur) yang sama dengan ibu atau bapa mulai 1hb Januari 2008.
  • Ibu atau Bapa yang lahir di daerah negeri lain yang bersempadan dengan Selangor ( Negeri Sembilan, Perak dan Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur) dan permastautin tetap di negeri Selangor
  • Perlu dapatkan cop pengesahan bermastautin daripada Ketua Kampung, Penghulu dan Pengerusi Taman Perumahan Sahaja

Untuk keterangan lanjut sila layari http://tawas.org.my

Muat Turun Borang Pendaftaran Tawas : Klik di sini

Statistik Terkini Program Tawas : Klik di sini

Dapatkan ringkasan maklumat berkaitan program di bawah Inisiatif Peduli Rakyat. Klik di sini

Terkini: Tabung Warisan Anak Selangor

PROGRAM LAWATAN PEMAHAMAN DASAR KERAJAAN BAGI JKKK KAMPUNG TRADISI DAN KETUA KOMUNITI KAUM INDIA NEGERI SELANGOR i) Objektif lawatan Memberi maklumbalas kepada pemimpin-pemimpin masyarakat berkaitan
Hulu Selangor- Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) telah menganjurkan satu Majlis Sambutan Hari Lahir yang diadakan pada 16 hb April 2010 di Auditorium Dato’ Abdul
Sejak tahun 2008, Kerajaan Negeri Selangor telah berjaya melaksanakan program-program yang dirancang dalam Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). Pada tanggal 30 September 2010, satu program