Tuntutan SMUE perlu ikut prosedur : Y.B Haniza

Petaling Jaya – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan, Haniza Mohd Talhaberkata, mana-mana waris warga emas yang ingin membuat tuntutan wang khairat kematian yang berjum;lah RM 2,500 daripada Skim Mesra Usia Emas (SMUE) perlu melalui beberapa prosedur sebelum boleh menuntut wang tersebut.

Haniza juga merupakan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) berkata, selepas warga emas meninggal dunia, waris perlu datang ke pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Pejabat Ahli Majlis Petaling Jaya (MBPJ) dan perlu menunjukkan surat kematian dan dokumen yang berkaitan.

Pendafatran SMUE dan OKU…

Katanya, selepas itu barulah waris berkenaan diberikan wang khairat kematian berjumlah RM 1,000 untuk digunakan dalam urusan pengebumian, manakala baki RM 1,500 akan diberikan dalam tempoh 60 hari selepas itu.

“ Terlebih dahulu, warga emas terbabit perlulah mendaftar dalam skim ini sebelum warisnya layak menerima wang khairat kematian apabila warga emas terbabit meninggal dunia kelak.

“ Waris perlu memaklumkan kematian warga emas terbabit kepada Pejabat ADUN atau Majlis MBPJ bagi membolehkan wang khairat kematian berjumlah RM 1,000 diberikan untuk urusan pengebumian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan yang disebarkan melalui system pesanan ringkas (SMS) kononya SMUE yang diperkenalkan Kerajaan Negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) hanya merupakan satu pembohongan dan janji kosong.

Dalam SMS berkenaan menyatakan, seorang warga emas berusia 62 tahun di Petaling Utama telah meninggal dunia namun warisnya tidak menerima wang kahirat kematian walaupun sudah seminggu warga emas itu meninggal dunia.

Sementara itu Haniza berkata SMS yang disebarkan pihak tertentu itu berniat jahat serta boleh mengelirukan orang ramai.

Katanya, setakat ini pihaknya tidak pernah mengabaikan mana-mana waris warga emas yang mendaftar dalam SMUE.

“ Sekiranya kita dimaklumkan berhubung dengan kematian mana-mana warga emas, wang khairat kematian itu akan disalurkan segera kepada waris warga emas terbabit.

Tetapi waris perlu menunjukkan bukti seperti dokumen berkaitan dan warga emas terbabit pernah mendaftar dalam skim berkenaan,” katanya.

SMUE merupakan salah satu program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). Skim tersebut diwujudkan untuk manfaat semua warga emas yang mendaftar secara sah dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tanpa mengira jantina, agama, pendapatan serta fahaman politik.

Pendaftaran skim itu adalah percuma dan warga emas yang berumur 60 tahun ke atas yang menetap secara sah sekurang-kurang 15 tahun layak menyertainya.

Admin1

Leave Comment :