Waris penerima cek bagi Skim Mesra Usia Emas terharu…

SKIM MESRA USIA EMAS RINGANKAN BEBAN

Batang Kali – Kerajaan Negeri sentiasa mengutamakan kebajikan kepada warga emas. Skim Mesra Usia Emas, merupakan satu skim khairat kematian yang diwujudkan khusus untuk menjaga kebajikan rakyat Selangor.

Majlis penyerahan cek bagi Skim Mesra Usia Emas (SMUE) telah disampaikan oleh Y.A.B Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato’Seri Khalid Ibrahim pada 19 hb April 2010 bertempat di Auditorium Dato’ Abdul Hamid, Bandar Utama Batang Kali.

Jemputan yang hadir…

Majlis penyerahan tersebut dibuat sempena dengan Program Penyerahan Geran Penyelidikan Spirulina sebanyak RM 1 juta kepada pihak Universiti Industri Selangor (UNISEL). Turut hadir pada program tersebut ialah Y.B Puan Rodziah Binti Ismail, Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Kebudayaan, Sains, Teknologi & Inovasi, Y.B Puan Dr. Halimah Binti Ali, Exco Pendidikan Tinggi & Pembangunan Modal Insan, dan Y.B Tuan Iskandar Abdul Samad Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan.

Penyerahan dana RM 1 juta kepada pihak UNISEL..

Skim ini dibuat bertujuan membantu keluarga warga emas / OKU yang memenuhi syarat dan berdaftar yang telah meninggal dunia tanpa mengira jantina, kaum, agama, fahaman politik, status ekonomi dan kedudukan sosial mereka. Pemberian ini adalah bukti kerajaan Pakatan Rakyat sentiasa mengutamakan kebajikan dan menjaga kepentingan rakyat terutamanya warga emas dan OKU serta meletakkan agenda tersebut pada tahap tertinggi dalam pembangunan negeri.

Waris penerima SMUE..

“ Terima kasih makcik ucapkan kepada Kerajaan Negeri kerana mengadakan skim seperti ini. Ianya dapat meringankan beban keluarga memandangkan mak cik bukan dari golongan yang berkemampuan, “ kata Samsiah Talib.

Menurut Siti Mariam Shamsudin, program penyampaian sebegini perlu diadakan secara berterusan, terutamanya di kawasan-kawasan pendalaman memandangkan ramai penduduk pendalaman masih tidak mengetahui skim yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri.
“Sekiranya program ini diadakan, secara tak langsung dapat membuka minda masyarakat kampung untuk mendaftar skim ini,” katanya.

Selain itu, Lim Poi Foong berkata skim ini amat memberi manfaat kepada keluarganya di mana ianya dapat digunakan untuk menguruskan hal-hal bekaitan dengan mendiang bapanya.

“Saya amat mengharapkan Kerajaan Negeri akan melaksanakan skim ini secara berterusan dan sentiasa memberikan yang terbaik demi membantu rakyat yang kurang berkemampuan,” katanya.

Pada majlis tersebut, seramai seramai 34 waris yang hadir untuk menerima cek bagi Skim Mesra Usia Emas.

Admin1

Leave Comment :