Wifi Selangorku di 2,200 kawasan lagi akhir Disember

Oleh: SYASYA SUFIAN

PETALING JAYA: Sebanyak 1,735 lokasi hotspot siap dipasang Wifi Selangorku membabitkan seluruh Selangor, sehingga 15 Disember lalu.

Exco Pendidikan, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata baki 2,200 kawasan hotspot bakal siap dipasang selewatnya akhir bulan ini.

 Katanya, ia bagi melestarikan masyarakat berinfomasi, maka perkhidmatan Wifi Selangorku memberi kemudahan akses kepada pengguna dengan perkembangan isu semasa.

IMG_2661“Lokasi hotspot yang dipilih adalah kawasan tumpuan awam berdasarkan sasaran kita kepada empat golongan iaitu belia dan pelajar, berpendapatan rendah, mereka yang tinggal di luar bandar dan lokasi tumpuan pelancong .

“Semua wifi hotspot yang dipasang menggunakan teknologi Fiber Optic dengan kelajuan minima 30 mbps iaitu ‘High Speed Broadband’,” katanya ketika pelancaran Wifi Selangorku di Pangsapuri Damai, PJ Selaran 8/9, di sini, hari ini.

Turut hadir adalah Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohd Azizi Mohd Zain dengan tiga hotspot siap dipasang di tiga blok Pangsapuri Damai.

“Kita berharap dengan adanya perkhidmatan wifi percuma ini memberi manfaat kepada rakyat melayari dan mengakses informasi yang lebih tepat berkenaan Kerajaan Selangor.

“Selain itu, kita juga berharap perkhidmatan ini dapat membuat lonjakan ke arah ‘Digital Government’ seterusnya menjadikan Selangor ‘Smart State’ menjelang 2020,” katanya.

-NFN-

Admin1

Leave Comment :