YAWAS pertimbang sedia taska, kemudahan pendidikan ahli TERAS

KLANG, 30 JUN : Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) mempertimbang untuk menyediakan kemudahan taska kepada ahli TERAS melibatkan 56 kawasan DUN di seluruh negeri.

Penolong Pengurus Pemasarannya, Sharizan Shariff, berkata pihaknya kini sedang mengumpulkan dana bagi tujuan pelaksanaan pelan jangka panjang itu.

“Selain aspek kebajikan, objektif kami menjurus kepada pembangunan modal insan dan pendidikan.

“Untuk bidang pendidikan itu, kita bercadang untuk menyediakan taska khas untuk ahli TAWAS dari keluarga kurang berkemampuan seluruh negeri.

“Namun cadangan tersebut masih diperingkat awal kerana kekangan utama kita adalah soal dana,” katanya kepada SelangorKini.

Dalam perkembangan sama, YAWAS sebelum ini giat merangka pelan jangka panjang bagi mengukuhkan peranannya menyokong usaha Kerajaan Negeri menjadikan Selangor sebagai negeri berkebajikan.

Ini termasuklah pelan kerjasama dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) dalam membantu anak-anak TAWAS kurang bernasib baik.

Selain itu, galakan kepada kakitangan syarikat milik kerajaan untuk membuat potongan gaji serendah RM10 untuk didermakan dalam Tabung Generasi YAWAS (TERAS).

TERAS dilancarkan pada 2014 membolehkan penderma Skim TERAS berpeluang menikmati rebat cukai pendapatan daripada Lembaga hasil Dalam Negeri (LHDN).

Rebat layak tuntut yang dibenarkan LHDN adalah 7 peratus daripada pendapatan agregat bagi individu, manakala 10 peratus daripada pendapatan agregat bagi syarikat.

EZY

 

Admin1

Leave Comment :