YAWAS saran penyertaan syarikat swasta bantu ahli TAWAS

KLANG, 30 JUN : Syarikat swasta disaran tampil menyokong usaha Kerajaan Negeri membangunkan program kebajikan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).

Penolong Pengurus Pemasaran, Sharizan Shariff, berkata penglibatan tersebut diyakini mampu meringankan beban ahli TAWAS meneruskan kehidupan, walaupun dilanda musibah.

“Kita bermula secara aktif sejak tahun lalu, namun agak sukar untuk kami untuk dapatkan sumbangan itu agak terbatas kerana dana kita bukan ditaja (sepenuhnya) oleh Kerajaan Negeri.

“Pihak kami berharap supaya lebih banyak anak syarikat swasta dapat menyumbang dalam merealisasikan hasrat kita membantu ahli TAWAS,” katanya kepada SelangorKini.

Terdahulu, anak syarikat Kerajaan Negeri, Kumpulan Semesta menjadi penyumbang terbesar dana bantuan sebanyak RM50,000.

Beliau berkata, bantuan tersebut disalurkan secara meluas kepada ahli TAWAS seluruh negeri yang memerlukan bantuan berupa pembangunan modal insan, pendidikan dan kebajikan.

“Kita mensasarkan untuk terus membantu anak Selangor di bawah program ini dengan fokus kepada isu kebajikan, penyakit, bencana.

“Namun pihak kami agak terbatas di bawah Kementerian Kewangan yang hanya membenarkan untuk kami menyerahkan sumbangan kepada ahli TAWAS sahaja,” katanya.

Tabung YAWAS ditubuhkan Februari 2009 dengan objektif utamanya untuk mewujudkan, mempromosi mentadbir dan menyelenggara bantuan berkebajikan bertujuan memberi manfaat kepada rakyat Selangor yang lahir pada atau selepas 1 Januari 2008.

EZY

Admin1

Leave Comment :